Sabtu, 5 Ogos 2017



Oleh. Jasly Dol
BN VS PEMBANGKANG SIAPA HEBAT?
Parlimen Tuaran. Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Dalit merupakan empat kawasan DUN dalam Parlimen Tuaran yang sedang hangat diperkatakan menjadi rebutan BN dan beberapa parti pembangkang yang masing masing memasang jentera sebagai wakil calon dalam pilihan raya ke 14 yang dijangka tidak lama lagi, kebanyakan wakil wakil calon berusaha meyakinkan rakyat mereka lah yang terbaik menerajui kepimpinan kawasan tersebut tanpa menunjuk toleren membantu projek pembangunan serta ekonomi rakyat termiskin malah masih lagi dengan sikap tunggu menang pilihan raya baru membantu rakyat dengan pelbagai janji terbaik.
Dalam konteks masa kini membela HIDUP rakyat yang kurang berkemampuan amat penting berbanding berpolitiking tak sudah sehingga hidup rakyat terabai walaupun orang politik terlibat boleh menghulur derma namun cerita politik disebar berbanding membantu rakyat susah dalam kawasan mereka, dalam pergolakan politik kawasan Parlimen Tuaran rakyat jelata menyifatkan pengaruh mereka (kumpulan pembangkang) kurang mendapat perhatian utama akibat perjuangan berbeza beza disamping tidak nampak bantuan pada orang miskin walaupun berkemampuan tapi berdalih fakta sebenar.
Demikian pendedahan Cik Rozelivi Benhi dari Tuaran bagi mengulas sebenar pandangan orang kampung keatas senario perjalanan parti parti politik setempat dimana masing masing cuba mendapat sokongan rakyat jelata namun bukan semua rakyat yang datang mendengar ucapan politik mereka pasti mengundi  parti terlibat, bayangkan lah jika semua pemimpin parti politik mengaku parti mereka tidak berduit (satu parti sahaja) dalam pertemuan pada rakyat jelata apa sebenar yang diperjuangkan melainkan mendapat kemenangan Wakil Rakyat dan Jawatan dalam kerajaan yang baru dibentuk dengan gaji penuh ujar beliau.
Cik Rozelivi Benhi menambah, tidak berniat membidas mana mana pemimpin parti politik di Parlimen Tuaran masa kini namun sebagai rakyat orang kampung tidak wajar orang politiking memberitahu pada rakyat kampung mereka ini berjuang tanpa wang ringgit demi membela masa depan orang kampung yang ditindas masa kini, sebagai orang kampung mada kini masih mampu berusaha walaupun barang barang dikaitkan kenaikan menerusi GST namun ianya boleh disuarakan sebulat suara rakyat terhadap kerajaan agar mencari jalan penyelasaian bagi meringankan beban orang miskin katanya.
Bagi Cik Rozelivi Benhi  sebilangan ahli politik yang berjuang tanpa kewangan sekadar mencari kemenangan parti politik mereka agar diberi jawatan jika mampu menubuhkan kerajaan baru menerusi kemenangan parti politik mereka dalam pilihan raya kelak, selepas berjawatan orang kampung yakin golongan terlibat tidak lagi muda ditemui orang orang kampung yang susah, malah mungkin lebih teruk dari apa yang ada dalam kerajaan hari ini atau mereka sekadar kehausan mendapat jawatan tegasnya.
Dalam tinjauan media terkini bersama Rozelivi Benhi Dun Dalit diintai oleh Parti WARISAN, KEADILAN, GABUNGAN HARAPAN, BN, PKS, MUPP bagi Dun Sulaman Parti BN UMNO, Parti Keadilan, Gabungan Sabah Harapan, WARISAN, PKS, KEADILAN, USNO Dun Tamparuli pula PCS, PKS, WARISAN, GABUNGAN STAR SABAH, BN PBS, USNO, KEADILAN manakala Dun Kiulu BN PBS, WARISAN, PCS, KEADILAN, STAR, PKS, USNO malah mungkin ada lagi beberapa parti pembangkang akan muncul disaat saat akhir menjelang pilihan raya, jika ini berlaku dalam pergolakan politik PRU ke 14 akan datang disertai parti parti politik tidak memiliki DANA KEWANGAN yang diumum oleh para pemimpin tertinggi parti berkenaan pasti rakyat akan kekal membantu BN untuk pilihan raya ke 14 akan datang berikutan tidak ada kesepakatan dalam perjuangan satu aset BN untuk menang.
GAMBAR KIRI ABIDIN DARUS JENTERA GABUNGAN SABAH, DAN RAJIMIT GUNONG MEWAKILI PARTI KEADILAN RAKYAT PARLIMEN TUARAN.
GAMBAR KANAN DATUK JAHID JAHEM PBS TAMPARULI BERSAMA MADIN ANAK JUGA PBS BAHAGIAN TAMPARULI.
HANYA BEBERAPA PEMIMPIN PARTI POLITIK PARLIMEN TUARAN MENGAKU TIDAK BERDUIT BERKEMPEN UNTUK RAKYAT SETEMPAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan