Khamis, 24 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol
RAKYAT TIDAK DIABAI JIKA DISENARAI LAYAK TERIMA BANTUAN KERAJAAN
Kota Belud. Rakyat berbilang kaum serta berbeza kefahaman politik tidak diabaikan oleh kerajaan BN selagi mereka disenarai penerima bantuan kerajaan asalkan Pengurusi JKKK menyenaraikan nama mereka disetiap kampung meneresui kelayakan penuh yang (JKKK) rasai layak menerima, mana mana rakyat jelata penduduk setiap kampung tercicir dari menerima pelbagai bantuan kerajaan tidak perlu merasa tercicir sebaliknya berusaha merujuk semula dengan JKKK setiap kampung mereka agar dapat disenarai semula pemohon keperluan mendesak supaya dapat pertimbangan secepat yang boleh dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya tidak merasa tercicir dalam semua projek kerajaan untuk rakyat diseluruh Kawasan Kota Belud.
Media Terkini dimaklumkan dalam pengagihan TANGKI 1 MALAYSIA terhadap 73 Pengurusi JKKK DUN Kadamaian telah disampaikan oleh PPM Daimin Sulukan dengan CDO Haji Ruslan bertempat di Mini Dewan Sorob serta bersama sebilangan penduduk sekitar bagi menerima sumbangan tangki air mereka pada masa diperlukan.
Gandingan PPM Daimin Sulukan dan Haji Ruslan CDO Kadamaian mampu menyalurkan pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pada rakyat DUN Kadamaian secara berperingkat peringkat dan bukan nya boleh dilakukan dalam sekelip mata tambahan pula sekarang bukan senang memiliki peruntukan kerajaan tanpa mengagihkan sama adil semua keperluan rakyat jelata setempat.
PPM DAIMIN SULUKAN DAN HAJI RUSLAN MENGAGIHKAN TANGKI AIR 1 MALAYSIA DI MINI DEWAN KG. SOROB BERSAMA SEBILANGAN PENDUDUK SETEMPAT. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan