Khamis, 10 Ogos 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
KEBAKARAN RESTORAN BANDUNG MASIH DISIASAT
Inanam. Jabatan Bomba dan Polis masih menyiasat kes kebakaran Restoran Bandung kawasan Taipan yang berlaku dibahagian dapur lebih kurang jam 12.00 tengahari semasa pekerja restoran tersebut keluar menunaikan sholat Jumaat hari ini 11 Ogos 2017, pengawal keselamatan Kawasan Taipan yang melihat kepulan asap dari bahagian pintu belakang dapur bangunan Restoran terbabit segera menghubungi Balai Bomba dan Balai Polis bagi meminta bantuan agar tidak merebak kepermis bangunan kedai berhampiran apa tak lagi lokasi kejadian amat terdekat dengan bangunan Bank Kewangan.
Sebuah Lori Bomba dan sebuah Van Forensik Bomba bersama beberapa orang anggota dan Pegawai Bomba serta Polis DiRaja Malaysia turut melakukan pemadaman serta siasatan punca utama kejadian kebarakan tersebut yang dipercayai bermula dari bahagian dapur Restoran terlibat, semua pejalan kaki yang yang melihat kejadian tersebut terkedu disamping memuji usaha beberapa pengawal keselamatan yang bertindak membuka pintu belakang Restoran tersebut bagi memudahkan operasi pemadaman Jabatan Bomba walaupun para pekerja Restiran berkenaan belum sampai dari Masjid berhampiran malah berpuluh orang juga mengambil kesempatan melakukan rakaman gambar serta vedio untuk fail malah mungkin ada juga yang sudah melakukan viral cara terbuka.
Kru Media Terkini yang mendapat maklumat jam 12.05 tengahari bergegas ketempat kejadian dan didapati api sudah mula membesar dan ramai sudah pejalan kaki mula rasa tidak keruan apabila melihat  api mula membesar apa tak lagi barisan belakang Restoran Bandung sentiasa penuh dengan kenderaan kenderaan mewah dan masih baru, anggota Bomba dan Pihak Polis yang ditemui mengingatkan para pekerja mahupun pengusaha Restoran sentiasa berwaspada terutama dapur Restoran agar sentiasa mematikan apa juga sumber api semasa setiap kali meninggalkan Restoran mereka bagi menghindari segala kemungkinan kejadian kebakaran tegas pasukan terlibat yang ditemui.
Media Terkini yang melakukan tinjauan tidak melihat orang orang politik dan pemimpin masyarakat kawasan Dun Inanam sama ada politik BN mahupun Politik Pembangkang berdasarkan maklumat para pekedai berhampiran yang ditemui, namun jika bercakap soal politik minta sokongan semua lapisan rakyat jelata berbilang kaum tak perlu dipanggil pasti datang sendiri namun bila musibah kebakaran rasa prihatin pada mangsa tidak wajar diabaikan asal tiba ditempat kejadian jelas orang ramai.
KEBAKARAN DAPAT DIPADAMKAN KURANG DARI SEPULUH MINIT, KELIHATAN GAMBAR KENDERAAN BOMBA YANG MEMADAM API BERSAMA BEBERAPA PENGAWAL KESELAMATAN ANAK WATAN SABAH  BERUSAHA MEMADAM API AGAR TIDAK MEREBAK KEDERETAN KEDAI BERDEKATAN, KEBAKARAN TERSEBUT HANYA KEMUSNAHAN KECIL TIDAK ADA KECEDERAAN MAHUPUN KEMALANGAN JIWA BERLAKU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan