Jumaat, 11 Ogos 2017

BERHATI HATI PEMUNGUT DERMA BERKELIARAN DISELURUH KAWASAN BANDARAYA KOTA KINABALU.
Oleh. Bujie Tukarang
SENANG CARI WANG KUTIP DERMA?
Sabah. Kebanjiran pemungut derma untuk badan badan amal kebajikan sangat mengelirukan terhadap seluruh penduduk anak negeri Sabah sejak bertahun lamanya, kebanyakan dikalangan pemungut derma amal berkenaan tidak menunjuk surat dari mana mana Jabatan mahupun Kementerian Kerajaan semasa mereka berjalan memungut wang derma menyebabkan ramai rakyat anak negeri Sabah merasa ragu serta tak yakin perkara tersebut.
Pemungut derma terlibat saling bertukar ganti dengan membaw buku rekod nama ( buku teks kedai) berserta sekeping gambar risalah didakwa anak anak yatim dalam dua kumpulan berbahasa Melayu serta kumpulan berbahasa English sebagai teknik minta simpati semua lapisan masyarakat menghulur derma tanpa  mengira suku kaum termasuk lah pelanggan dari luar negara, jika kes tersebut dibiarkan oleh seluruh masyarakat dan pihak berkuasa tempatan sudah pasti para peminta derma ini akan tumbuh bagai cendawan meraih keuntungan besar jika tidak sampai kepada badan badan tertentu khususnya anak yatim yang dikaitkan tanpa surat rasmi yang ditanda tangani pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya.
Pendedahan Cik Seiloa Malujik (Enggan Disiar Gambar) dalam pertemuan media terkini Sabah semasa ditemui sekitar kawasaan Inanam bagi mengingatkan masyarakat sekeliling agar tidak senang terpengaruh dengan peminta derma jalanan setiap hari sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Likas, Inanam, Menggatal, Telipok, Tuaran dan Tamparuli, malah dilaporkan juga sampai ke luar Kota Kinabalu, pemungut derma ini juga bergerak cara berkumpulan 4 hingga 6 orang dalam setiap pergerakan mereka dengan membahagi lokasi barisan kedai yang dikunjungi dengan berlagak penuh sopan namun ada sesuatu unsur paksaan seperti, "tuan/puan tidak kasihan anak anak yatim sampai tak menderma ke?", bait kata kata pemungut derma jika sedikit menghulur derma pada mereka dalam setiap hari tegasnya.
Cik Seiloa Malujik menambah, kebanyakan dari mereka yang diminta menderma tidak banyak bertanya melainkan menghulur sahaja antara RM1.00 hingga RM5.00 sebagai niat memberi kepada anak anak yatim namun sukar dipercayai adakah derma tersebut sampai pada anak yatim atau kocek pemungut derma yang meragukan, jika kerajaan tidak turun padang membenteras kegiatan tersebut sia sia lah keiklasan masyarakat dalam Sabah menghulur derma terhadap anak anak yatim yang menanti sumbangan orang ramai demi kesinambungan hidup mereka dari masa kesemasa terangnya penuh sayu.
Diharap masyarakat Sabah peka dengan tingkah laku para pemungut derma anak anak yatim yang betgerak vebas dalam negeri ini,  jika terasa ragu dengan mereka yang memungut derma ini boleh merujuk pada Jabatan atau Kementerian bertanggongjawab kesahihan para pemungut derma anak yatim yang bergerak bebas seluruh Sabah tegas jelas orang ramai.
GAMBAR EHSAN ORANG RAMAI. PEMUNGUT DERMA KELIHATAN SEDANG LIGHAT DALAM KEDAI MAKAN BERGERAK MEMINTA DERMA UNTUK ANAK ANAKVYATIM TANPAVMENUNJUK PERMIT KELULUSAN MENGUTIP DERMA SEKITAR INANAM KOTA KINABALU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan