Isnin, 14 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol
BANJIR KILAT AKIBAT PERPARITAN TIDAK SEMPURNA
Sabah. Masaalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan dalam negeri ini dilaporkan berpunca dari pelbagai saliran perparitan yang tidak sempurna dan banyak lagi tersumbat tanpa diselanggara dengan betul walaupun ianya berlaku sejak puluhan tahun dahulu tanpa sebarang perubahan sehingga kehari ini, selain dari itu masyarakat awam juga melaporkan terdapat kilang kilang tepi jalan raya besar yang membuat jalan raya memasuki kilang mereka dengan menggunakan calbot kecil bagi menyeberangi perparitan induk besar sehingga air banjir tidak mampu melintasi lorong calbot kecil menyebabkan ianya melimpah memenuhi seluruh jalan raya sekitar.
Kes seumpama tidak disedari para pegawai pihak berkuasa tempatan walaupun setiap musim hujan pasti akan berlaku banjir terutama dikawasan tanah rendah walaupun sudah lebih lima puluh tahun merdeka khususnya dalam negeri Sabah, yang amat menyedihkan apabila setiap musim banjir pasti ada tanah runtuh, kenderaan dihanyutkan arus deras, rumah runtuh, pokok pokok sekeliling rumah kediaman juga ada yang tumbang bagi menimpa sebahagian rumah kediaman sampai rosak namun orang orang yang berjawatan bagi mengendali masaalah bencana banjir gagal membuat tinjauan sebenar punca kebanjiran jelas orang ramai.
Demikian pendedahan beberapa penduduk anak negeri sepanjang jalan raya lama dari Menggatal menuju kekawasan Tuaran semasa kejadian banjir pada 14 Ogos 2017 sebagai rasa tidak puas hati merekaberikutan lihat terlalu ramai terkandas ditengah jalan raya hingga kelewat malam sepanjang jalan raya yang ditenggalami air besar yang berpunca dari hujan kuat tak henti henti, tragedi seumpama setiap tahun berlaku namun beberapa pihak berkuasa tidak jelas apa kakitangan mereka buat bagi meringankan beban masyarakat sekeliling menempuh banjir besar tidak kira siang atau malam ditengah jalan atau dalam rumah jika berhampiran dengan Sungai pasti air bah sampai kerumah masing masing jika
tidak berwaspada.
Sama sama lah kita beringat dengan pelbagai masaalah banjir terutama perumahan diatas bukit tepi jalan raya tanah rendah khususnya mereka yang gemar berumah ditepi sungai vesar, jangan terlalu yakin dengan jiran tetangga yang mengatakan kawasan kawasan yang disebutkan dalam pendedahan ini terlalu utuh dan tidak perlu berpindah rumah dikawasan yang lebih selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan