Isnin, 21 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol
MEMBENTUK KESIHATAN TERBAIK PRASARANA PERLU PEMBAIKAN.
Kota Kinabalu. Komuniti Sihat Perkasa Negara terbaik jika dilaksanakan disetiap rumah khususnya penduduk luar bandar dalam negeri ini apa tak lagi golongan petani pastinya amat memerlukan kesihatan yang lebih terbaik, namun bagaimana nasib orang kampung memelihara kesihatan jika laluan jalan raya mereka bagai era tahun 70 an cukup mengeciwakan seperti dianaktirikan tanpa pembaikan jalan yang menjadi kepentingan golongan petani bagi memasarkan hasil tanaman mereka setiap minggu.
Dalam program Kospen di Kg. Kebayau Telipok pada 20 Ogos 2017 Media Terkini terkejut apabila penduduk kampung memaklumkan jalan raya mereka telah terbiar sejak tahun 2003 lagi melibatkan Kg. Tamalang sekali dibawah pengawasan Wakil Rakyat DUN Inanam dan Wakil Parlimen Sepanggar, kakitangan Pejabat Kesihatan Klinik Telipok yang turut merasai betapa teruk jalan berkenaan untuk dilalui juga mungkin kurang berpuas hati namun apa daya tak dapat berkata sepatah dua kata sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan yang patuh dan taat setia terhadap pemerintah sesebuah negeri. Pendedahan ini sekadar memaklumkan luahan penduduk Kampung Kebayau Tamalang agar pemimpin kerajaan BN Inanam amnya Sepanggar membantu mengurus semula agar dipercepatkan pengaspalan semula jalan raya tersebut sebelum berlaku pilihan raya ke 24 akan datang ujar penduduk setempat.

LIHAT LAH KEADAAN JALAN RAYA MENUJU KE SRK. KEBAYAU SERTA KE KG. TAMALANG ASPAL ERA TAHUN 2000 SUDAH HILANG DAN PERLU DIASPAL SEMULA.
GAMBAR PENDUDUK MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN MENERUSI KOSPEN DAN JABATAN PERUBATAN KLINIK KESKEBAKARANIHATAN TELIPOK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan