Isnin, 21 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol 
BADAN NGO PEMANTAU ADR PARLIMEN TUARAN DITUBUH
(SUARA RAKYAT DAN ISU POLITIK)
Tuaran. Atas kesedaran masyarakat berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Tuaran satu jawatankuasa penaja pemantau keupayaan calon yang bertanding  pada PRU ke 14 telah ditubuh 22 Ogos 2017 sebagai jentera memantau segala permasaalahan kawasaan sekitar termasuklah DUN Kiulu dan DUN Tamparuli terutama memastikan jentera usul mencadang calon yang diyakini mampu memenangi kerusi kawasan tersebut boleh dimenangi semasa pilihanraya ke 14 akan datang, badan ngo terbabit akan bergerak melalui setiap gerakan daerah mengundi (GDM) berdasarkan jumlah keahlian didaftarkan lebih 70 orang bergerak secara sukarela mendengar suara hati rakyat  menilai kewibawaan setiap calon yang menawarkan diri menjadi wakil calon sesebuah parti mampukah diterima seluruh suara rakyat jelata apa tak lagi dalam situasi masa kini ramai bergerak sendiri menawarkan diri mewakili parti menjadi calon pada pru ke14 akan datang.
Badan NGO yang ditubuhkan tersebut sebulat suara semua ahli melantik Mr. Kumin Novet Gilou sebagai Pengurusi Penaja. En. Jahem Giaron Naib Pengurusi Penaja. Mr. Edward Lipaun Setiausaha Penaja. Mr. Duaim Salunda merupa seorang AJK Pusat Penaja yang diberi sokongan suara ramai bagi menerajui Badan Pemantau Pemantau Calon Dan Aktivis Masyarakat pembela Rakyat Jelata, antara matlamat gerak kerja mereka lebih 70 orang semuanya adalah bergerak mendekati semua rakyat jelata melihat apa kepentingan rakyat jelata turut menyuarakan pandangan sebagai pemilih utama calon yang berkebolehan serta tidak membelakangkan rakyat jelata walau dimana juga berada apa tak lagi jika pemimpin menawarkan diri sebagai calon tergolong sikap kuku besi dan tidak  pernah menghubungi rakyat setempat melalui Gerakan Daerah Mengundi setiap kampung.
KRU Media Terkini yang menyaksikan pembentukan Badan NGO tersebut dimaklumkan setakat ini telah ramai mendesak mereka membentuk Badan NGO  bagi memastikan semua calon calon yang berhasrat menjadi pemimpin setempat memerlukan sokongan suara dari rakyat jelata tanpa menonjolkan kepentingan peribadi, tidak hairan lah golongan penaja Gabungan Pemantau Penuh senarai pemilih calon dibentuk lebih awal agar panjang masa lagi melakukan penilaian semua kehendak masyarakat setempat agar pemimpin tertinggi semua parti politik mampu menilai semua usul rakyat siapakah kemahuan mereka menjadi calon kelak menerusi setiap Gerakan Daerah Mengundi setiap kampung jelas NGO tersebut.
Desas desus terkini Badan NGO pemantau calon sudah memilih salah seorang Jurutera Awam wanita telah diusul sebagai calon orang baru bagi Parlimen Tuaran dan kebolehan bakal cadangan calon mampu memenangi kerusi Parlimen Tuaran dalam usia muda berdasarkan cadangan dan sokongan seluruh rakyat berbilang kaum di Parlimen Tuaran.
Semua orang orang kawasan Parlimen Tuaran tertanya tanya siapakah Calon Wanita pertama diusul sebagai calon PRU ke 14?, namun badan NGO tersebut setakat ini sengaja merashiakan namanya didedahkan pada umum demi menjaga nama baik parti yang diwakili agar terus meningkat sokongan jelas mereka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN  OGOS 17 HINGGA 16 SEPTEM BER 2017.
KEPADA SELURUH WARGA SABAH BAGI KAWASAN PARLIMEN TUARAN. SEMOGA KITA SALING MEMUPUK PERMAUFAKATAN DEMI KEJAYAAN PEMIMPIN YANG KITA KETE NGAHKAN. KAMI AKAN TERUS BERSAMA WARGA SABAH DIPARLIMEN TUARAN BERSAMA SETIAP MASA SELAGI KHIDMAT BADAN NGO KAMI DIPERLUKAN.

DARIPADA,  KUMIN NOVET GILOU, JAHEM GIARON,  DUAIM SALUNDA DAN EDWARD LIPAUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan