Rabu, 2 Ogos 2017


Oleh.
Jopis
Anak
Lagau
DUN
INANAM SIAPA PILIHAN RAKYAT JELATA?
Kota Kinabalu.   Percaturan politik di kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam terus bergolak berikutan terlalu banyak calon yang menawarkan diri bertanding dikawasan tersebut antara Parti Kompenan BN dan PEMBANGKANG dari berbilang parti sudah menjalankan gerak kerja JELAJAH RAKYAT tidak mengira masa dan legasi perjuangan asalkan dapat menemui seluruh rakyat jelata, sesetengah dari golongan pemimpin parti politik pertengahan giat mempromosikan diri berminat mahu bertanding dalam pilihan raya jika diberi peluang namun rakyat jelata sekadar tersenyum mendengar hasrat para pemimpin pertengahan berkenaan walaupun dalam hati rakyat jelata kepimpinan golongan terlibat sekadar separuh jalan kurang menyerlah dalam pelbagai bidang. Kerusi DUN Inanam mulai panas setelah ianya ditawan Parti Keadilan Rakyat pada PRU ke 13 yang lalu masing masing kompenen BN hilang fokus bagi mengembalikan jentera memenangi sokongan rakyat jelata agar kembalikan sokongan perjuangan BN bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang, malah terdapat juga beberapa parti pembangkang tempatan Sabah sedang berusaha meraih sokongan seluruh rakyat di Inanam supaya mereka mendapat peluang menjadi wakil rakyat selepas pilihan raya ke 14 yang dijangka tidak lama lagi ujar masyarakat setempat hari ini.
Antara teraju BN Inanam masa kini adalah dipimpin PBS Fredoline Totin Bangon (PPM) Mr. Lukin Taliban (CDO) OKK. William Majimbun dan Datuk Joseph Paulus Lantip disamping ada juga mengaitkan Datuk Jhonny Goh, namun parti pembangkang juga dari Gabungan Rakyat mempromosikan Jeffery Kumin (STAR) Dato' Jakariah Janit (PKS) YB. Dr. Roland Chia Pakatan Harapan PKR, DAP, AMABAH dan BERSATU dengan semua impian mahu menjadi wakil rakyat bergaji serta berpencen selepas tamat tempoh yang ditetapkan oleh jerajaan keatas penyandang jawatan jelas orang ramai setempat.
Gambar PPM Inanam Fredoline Totin Bangon perintis PBS Inanam dan Dato' Jakariah Janit Ketua Penyelaras PKS Parlimen Sepanggar merangkap Ketua Bahagian PKS DUN Inanam yang dilaporkan aktif melakukan jelajah bersama rakyat kawasan seluruh Parlimen Sepanggar khususnya DUN Inanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan