Khamis, 10 Ogos 2017



Oleh. Williem Anak Lagau
KUAT KAH KEADILAN PERTAHAN PARLIMEN TUARAN?
Sabah. Rakyat dalam kawasan Tuaran merasa masih ada yang dalam teka teki senario politik setempat antara BN UMNO dengan jumlah parti pembangkang yang terlalu banyak mewakili pelbagai suku kaum yang terdapat sekitar Parlimen Tuaran termasuklah DUN  Kiulu, DUN Tamparuli dan DUN  Sulaman dimana kumpulan parti pembangkang berebut rebut menawarkan diri sebagai calon pilihan raya ke14 akan datang, kes seumpama tidak disedari para pemimpin tertinggi parti sama ada parti pembangkang mahupun parti kompenan BN sehingga ramai rakyat jelata berpuak puak mencari parti yang mampu memberi mereka perlindungan berserta sedikit saguhati  tugas politik rakyat jelata seharian dan jika berlaku disebaliknya rakyat akan boikot dan pulau para pemimpin parti politik berkenaan sampai hilang penyokong dipelusuk kawasan perkampungan terpencil dalam kawasan tersebut.
Semua parti pembangkang kawasan Parlimen Tuaran mendakwa kekuatan pengaruh mereka mendapat sokongan majoriti besar dari rakyat jelata kawasan tersebut tanpa mengira kerusi DUN mahupun PARLIMEN memandangkan kepimpinan parti kompenan setempat sudah mengabaikan tanggongjawab memajukan pembangunan serta taraf ekonomi rakyat jelata berbilang kaum, antara parti yang aktif jelajah mendekati seluruh rakyat jelata seluruh PARLIMEN serta DUN sekitar kawasan berhampiran termasuklah KEADILAN, WARISAN, GABUNGAN SABAH, PCS, BN UMNO, PKS serta beberapa parti pembangkang yang lain dilaporkan jelajah menemui rakyat jelata diperingkat luar bandar bagi meraih sokongan dalam pilihan raya ke 14 akan datang namun tidak ada sebarang sumber cendera hati untuk tatapan seluruh rakyat yang ditemui ujar warga Parlimen Tuaran yang ditemui.
Pertembungan BN khususnya Ahli Parlimen Tuaran masa kini Datuk Madius Tangau dengan beberapa pemimpin kuat Parti Pembangkang jika calon  masih dikekalkan pada pilihan raya akan datang namun tidak mungkin UMNO Tuaran membiarkan parti parti pembangkang menawan kubu kuat mereka apa tak lagi parti pembangkang saling berebut calon sesama sendiri, turut merasa kemelut pergolakan dalaman parti parti pembangkang kawasan Parlimen Tuaran adalah rakyat jelata yang mereka temui setiap hari disamping gagal menghulurkan pelbagai keperluan rakyat dalam apa juga program kampung semasa lawatan para pemimpin parti parti pembangkang yang silih berganti berkempen menawan hati rakyat agar
memberi sokongan pada perjuangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan