Isnin, 8 Januari 2024

SIAPAKAH PILIHAN RAKYAT PADA PRN AKAN DATANG?

"Para Pemimpin Parti BN, UMNO mahupun GRS perlu turun padang bermula sekarang menemui semua rakyat pengundi secara berdepan bagi meng
ketahui sokongan sekutunya rakyat jelata disetiap kawasan masing masing" 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Semua pemimpin parti politik khususnya BN UMNO serta GRS perlu turun padang 

menemui rakyat pengundi dikawasan masing masing tanpa bergantung sepenuhnya dengan ketua cawangan berikutan wujud maklumat telah ramai bertukar parti.

Menurut sebilangan penduduk berdaftar sebagai pemilih dalam negeri ini, ramai sudah bertukar parti politik meninggalkan KETUA CAWANGAN mereka berikutan kegagalan memperkasa perjuangan disamping pemimpin bahagian jarang menemui ahli ahli diperingkat cawangan ujar mereka.

Kedua dua teraju parti ini adalah terkuat didalam Sabah masa kini berdasarkan senarai bahagian dan cawangan namun dilaporkan ahli ahli diperingkat cawangan sukar disahkan kesetiaan berikutan wujud berpindah pindah jelas ahli ahli parti yang ditemui.

Bagi warga penduduk kampung sekitar luar bandar ada ahli ahli diperingkat cawangan masih tersenarai nama namun empunya diri sudah berpindah parti, manakala Ketua Cawangan terlibat pula masih lagi membiarkan nama orang terlibat sebagai ahli bagi mempertahankan kekuatan cawangan nya dalam bahagian parti tertentu.

Adalah menjadi harapan rakyat diperingkat perkampungan berdaftar sekitar 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah, supaya setiap pemimpin bahagian parti masing masing turun padang menemui sejujurnya pada rakyat jelata jika memerlukan  sokongan dalam PRN akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan