Jumaat, 26 Januari 2024

BICARA SEMASA BORNEO

"Gempar lagi Jalan Raya Telipok Darat Sesak Akibat Ditimpa Sebatang Pokok Lama Tumbang Ditangan Jalan Raya" 

Oleh. Koijul Hairol

Telipok. Pemimpin Kerajaan dalam dua kawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar perlu membantu warga Telipok Darat dalam isu Jalan Raya yang banyak POKOK POKOK TUA disepanjang jalan raya tersebut agar ditumbangkan sebelum ada kemalangan jiwa berlaku.

Ini penting memandangkan TELIPOK DARAT adalah terletak dalam sempadan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar termasuklah pengundi penduduk setempat mengundi dalam dua kawasan Parlimen tersebut.

Ketika berita ini ditulis kayu tua yang tumbang masih menutupi jalan raya tersebut dan belum ada yang datang membersihkan nya, mujur lah tidak ada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku namun hampir hampir memusnahkan sebuah rumah lama ditepi jalan raya berkenaan.

Penduduk Telipok Darat mengharapkan agar Kedua Dua Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Sepanggar dapat mengurus penebangan pokok pokok tua, yang terdapat disepanjang jalan raya merentasi jalan raya dua tempat dari Telipok Kiulu melintasi  Kg. Tampulan dan Kg. Logkou Baru  menuju Kiulu ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan