Isnin, 15 Januari 2024

CHINA SOKONG NEGARA PLASTINE

"China Menyokong Pengisytiharan Terhadap Plastine Sebagai Sebuah Negara Berdaulat  Disamping Menghentikan Israel Dari Terus Menyerang Gaza Setiap Hari Hingga Masa Kini.

Ini dijelaskan oleh Wang Ni Menteri Luar China hari ini sebagai tindak balas dengan kedegilan Israel terus membunuh serta mencederakan penduduk Plastine dibumi Gaza tanpa sedikitpun perikemanusiaan kanak kanak terbunuh serta ada yang cacat sepanjang  hayat.

Kelantangan Menteri Luar China membidas musuh Plastine yakni Israel hari ini harus membuka mata dunia betapa bukan sahaja pemimpin Islam menyokong Pembentukan Negara Plastine, malah pemimpin negara bukan Islam nekad menyokong pembentukan negara Plastine dipersada dunia sebahagian dari negara negara Islam  dan menggesa gencatan senjata Israel serta merta.

Sungguhpun Israel sedang diadili di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) namun zionis Israel masih terus menyerang Gaza tidak henti henti sehingga membunuh  rakyat Plastine tidak bersalah, anehnya ramai juga dilaman sesawang dunia masih menyokong kekejaman Israel termasuk dari golongan negara negara membangun tanpa mengambil kira bagaimana jika tanah dan rumah mereka dirampas negara luar.

Tinjauan Media Terkini  mendapati lebih ramai menyokong Pembentukan Negara Plastine berbanding  kekejaman Israel termasuklah pelusuk negara negara membangun, semoga ICJ mampu memberi hukuman setimpal  keatas pesalah pembunuhan dan memusnahkan rakyat awam serta bumi Gaza secepat mungkin.





Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan