Isnin, 15 Januari 2024

BENARKAH JUDI GELAP ADA LAGI?

"Judi Gelap, Wahhui Antara Ketakutan Keluarga Yang Sayangkan Pembaziran Kewangan Keluarga, Apa Tak Lagi Golongan Berpendapatan Rendah Dengan Tanggonggan Keluarga Yang Ramai Pasti Terbeban" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Semua keluarga yang berpendapatan rendah  gelisah bila memperolehi maklumat 


 perjudian gelap dan wahhui dilaporkan tumbuh bagai cendawan dilorong lorong kedai serta merata tumpuan orang ramai sehingga ramai ketua keluarga hampir habis pendapatan setiap bulan. 

Kumpulan judi gelap sering mempergunakan wanita wanita cantik sebagai penjual disamping dikawal lelaki  ramai dipercayai bercampur warga asing bagi memastikan tidak ada pihak berkuasa mengesan mereka.

Menurut warga yang benci pada perjudian, ramai kaki judi gelap berbilang bangsa dan agama marah bila mendapat  teguran dari masyarakat benci judi, namun golongan terlibat tidak sedar pegangan agama mereka masing masing melarang menjadi pelanggan perjudian apa tak lagi mereka yang berpendapatan rendah jelas mereka.

Wanita yang menjadi penjual judi gelap bijak memikat pelanggan dilorong kedai laluan utama setiap hari termasuklah kedai kedai kopi serta tembok tembok depan bangunan kedai, manakala golongan pengawal perjudian gelap berlegar legar berjalan tanpa dikenali melainkan hanya golongan pakar pemerhati sahaja mengenali pengawal berkenaan disekeliling penjual judi gelap. 

Pelanggan judi gelap dan wahhui perlu berfikir sejenak terutama yang berpegang pada pelbagai agama supaya meninggalkan perbuatan tersebut demi keluarga yang mengharap kehidupan lebih terjaga.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan