Ahad, 21 Januari 2024

MENGAPA GULA SERING HABIS

"Kekurangan Gula Di Sabah Sering Menjadi Tanda Tanya Kemana Bekalan Menghilang Sehingga Sukar Dicari Disetiap Kedai Runcit Dalam Dan Luar Bandar" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Sabah. Seringkali rungutan sesama sendiri penduduk negeri ini dengan kekurangan Gula dalam kedai kawasan bandar mahupun pekan entah kemana perginya bekalan terlibat ungkap mereka. 

Isu GULA yang kerap kali habis dipasaran bukan perkara baharu malah ianya telah lama berlaku namun ramai warga Sabah Sekadar merungut sesama sendiri, selain dari itu ramai juga mendedahkan punca sebenar GULA habis dipasaran ialah ditempah banyak oleh orang yang berniaga runcit luar bandar dengan harga tinggi.

Berikutan habis GULA bersubsidi dipasaran kerap sekali mulalah timbul tanggapan liar pihak tertentu khususnya pihak orang parti politik yang cuba ambil kesempatan membuat pelbagai andaian, malah ada juga menuding jari terhadap pihak tertentu punca kehabisan GULA tanpa mengambil kira orang orang  yang membeli terbanyak Untuk Dijual semula bagi mengaut keuntungan.

Semua barangan bersubsidi lebih banyak ditempah orang orang berniaga cekik  darah sebagai mengaut keuntungan diluar pengetahuan pihak kerajaan termasuklah kawasan rumah setinggan berniaga dengan harga berkali ganda komen aktivis tempatan. 

Antara barangan yang ditempah banyak golongan cekik darah dengan pelbagai  teknik ialah Gula, Minyak Masak Pekej Plastik, Telur, Beras Tempatan Bersubsidi sebagai jualan kepada orang orang yang senang mereka perdayakan dengan harga tinggi.

Apapun hanya warga Sabah sendiri yang berfikiran bagi menilai jualan barangan bersubsidi namun berganda harga tanpa berperikemanusiaan demi mengaut keuntungan sendiri.



 PROGRAM UMUM  HARUS BEBAS  

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Sebarang program anjuran menjemput orang ramai menyaksikan sesuatu  majlis yang disampaikan harus terbuka dengan semua jurugambar berdaftar dan bukan disembunyikan. 

Terdapat penganjur program dinegeri ini menjemput orang ramai menyaksikan Majlis yang mereka anjurkan, namun dilarang sama sekali sesiapapun merakam gambar yang  dianjurkan entah apa sebabnya menghalang  pengunjung merakam gambar.

Pendedahan warga Sabah dengan beberapa program menjemput orang ramai Sabah menghadiri majlis mereka namun rasa pelik tidak dibenarkan bagi membuat rakaman gambar apa tak lagi rakaman vedio ujar mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan