Sabtu, 20 Januari 2024

PEMINTA SEDEKAH INI BEBAS DISABAH ?

"Sesiapa Juga Melawat Ke Kota Kinabalu Sabah Pasti Akan Bertanya Siapa Mereka Bebas Duduk Meminta Sedekah" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kumpulan Jelajah Borneo terkejut melihat di Bandaraya Kota Kinabalu Ada Etnik Bebas Duduk Meminta Sedekah bersama anak anak kecil mereka hampir setiap hari.

Ramai warga Sabah dilapor melihat semua ini dengan ehsan menghulur sumbangan tanpa mengetahui sebenar siapa golongan terlibat sejak sekian lama, malah ada segelintir orang yang berada dalam Sabah marah jika melihat pelancong asing cuba merakam gambar orang meminta sedekah berkenaan. 

Kebanyakan penduduk Sabah yang melihat peminta sedekah ini bagai tidak kisah menduduki Kota Kinabalu dari pagi hingga kepetang, malah mereka juga dilaporkan kerap berpindah dari satu lorong kedai kelorong kedai lain bagi mencari tumpuan orang ramai setiap hari.

Sehingga berita ini ditulis belum ada tanda tanda Kota Kinabalu bersih dari golongan peminta sedekah bersama anak anak kecil mereka, tidak ada sumber maklumat dimanakah peminta sedekah ini tinggal bersama keluarga mereka dimalam hari apa tak lagi pada musim tengkujuh jelas orang Sabah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan