Ahad, 28 Januari 2024

RANGKAIAN PENYUSUPAN PATI TERUS BERLAKU

"Isu pendatang asing tanpa izin dalam Sabah  dilaporkan sukar dihentikan berikutan ada sahaja dalang yang membawa mereka memasuki negeri ini secara gelap" 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah.  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dinegeri ini tidak akan berhenti selagi orang Sabah tidak berkerjasama dengan pasukan keselamatan memerangi kemasukan gelap mereka dipelusuk negeri ini.

Siang malam pasukan keselamatan melakukan rondaan mengelilingi sempadan negeri ini tidak mampu mengawal  selagi ada tekong membawa mereka menyusup masuk dan disembunyikan pula oleh sebilangan orang Sabah dalam kawasan rumah setinggan tersorok tepi hutan.

PATI dilaporkan sanggup bersembunyi mendapat pelbagai pekerjaan demi memperolehi kewangan sebagai sara hidup mereka dinegeri Sabah, mereka PATI juga sanggup melakukan kerja terlarang semata mata mahu mengaut kewangan banyak walau apa cara sekalipun  termasuk dadah.

Ini lah kejadian PATI sukar dihentikan dalam Sabah berikutan ada sahaja golongan yang melindunginya disempadan masuk sehingga kerumah rumah setinggan mereka, amat menyedihkan golongan mereka ini sangat licik menyembunyikan kedatangan PATI sekitar kawasan perumahan setinggan mereka tanpa ada yang melaporkan kepada pihak berkuasa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan