Isnin, 8 Januari 2024

DALAM ERA MODEN WASPADA SIHIR ILMU HITAM

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Borneo. Semua warga wajar berwaspada dalam era kemodenan berikutan wujud golongan dendam kesumat yang dilaporkan kerap mendampingi pengamal ilmu hitam bagi melaksanakan impian hasad dengki mereka terhadap orang yang menjadi musuh senyap mereka. 

Golongan pendamping pengamal  ilmu hitam tanpa mengira bangsa dan agama  kerap menyasarkan orang yang mereka dengki, dendam, serta benci dengan daya usaha orang tertentu, akibat gagal menguasai kesabaran didalam diri  golongan terlibat terus berusaha mencari pengamal ILMU HITAM  bagi melaksanakan hasrat tersembunyi didalam diri mereka agar orang tertentu terseksa.

Ada juga orang orang tertentu yang menggunakan ilmu hitam bagi menakluki jiwa sebilangan warga  kampung agar tidak bising dengan  apa juga perbuatan mereka, tidak hairan lah sehingga zaman moden ini masih lagi wujud pengamal ilmu hitam yang dilanggani orang orang yang cetek ilmu keagamaan serta dicengkam hasad dengki.

Hanya ketakwaan serta kekuatan iman yang mampu melawan pengaruh hasad dengki serta menjauhi pengamal ilmu hitam dari mencengkam kehidupan  sesebuah keluarga. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan