Ahad, 14 Januari 2024

SABAH PANAS SETIAP ADA PARTI BARU?

"Setiap Ada Parti Baharu Masuk Sabah Atau Dilulus Dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Pasti Ahli Ahli Politik Veteran Tempatan Berusaha Mencari Pemilik Parti Berkenaan"

Oleh. Williem Anak Lagau/Gifkir Aming 

Sabah. Panas lagi politik negeri ini berikutan ramai mula beralih perhatian sebuah parti politik dari Sarawak  membuka rangkaian nya kenegeri dibawah bayu ini.

Parti Sedar dilaporkan mula mendapat perhatian sejak beberapa hari yang lepas berikutan pengumuman mereka bakal memulakan langkah memperkasa setiap bahagian parti berkenaan dalam Sabah.

Majoriti yang dilaporkan beralih perhatian adalah golongan yang telah keluar dari pelbagai parti tempatan dan nasional di Sabah sebagai mencari rumah baharu, namun ramai penduduk Sabah tidak memberi jaminan sama ada semua yang berusaha menyertai parti baharu ini mampu memperolehi pengaruh  disetiap kerusi Dewan Undangan Negeri sehingga PRN akan datang ujar mereka.

Kru Media Terkini hanya memerhati setiap langkah parti parti baharu yang mencuba nasib didalam DUN Sabah dijangka tahun 2025 atau lebih awal dari tarikh tersebut, minggu lepas Parti Impian Sabah dan Parti Bangsa Orang Sabah menjadi perbualan hangat dimedia sosial sebagai mencuba meraih sokongan penduduk negeri Sabah juga menjelang PRN depan. 

Apapun kewujudan parti parti politik baharu didalam Sabah hanya rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi bakal menentukan halatuju politik mereka, tidak ada yang mampu memberi kemenangan apa juga parti politik selagi mereka memilih buluh untuk didekati atau sekadar politik bermusim sahaja dalam 73 kerusi Dun ujar warga Sabah. 

Semoga  dengan kemasukan Parti Sedar kenegeri Sabah mampu membuka minda dan pengaruh diperingkat akar umbi rakyat jelata pengundi Sabah bagi mendepani PRN yang dijangka tahun 2025.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan