Ahad, 28 Januari 2024

MAMPUKAH PERANG ISRAEL HAMAS BERHENTI?

Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Dalam keputusan ICJ berhubung menghalang Israel melakukan pembunuhan beramai ramai ditanah jajahan Plastine adakah ianya akan berakhir perang Israel dan Hamas se-

lepas ini persoal penduduk Gaza. 

Bayangkan lah bergelimpangan mayat sekalipun  orang awam Israel terus membunuh rakyat Gaza namun pejuang Hamas dan Sekutunya gagal ditemui tentera Israel walaupun berbulan sudah perang berlaku.

Bagi pejuang Hamas dan Sekutunya setiap sasaran menepati target tentera Israel tumbang terbujur kaku walaupun tidak memiliki kecanggihan perang seperti Israel, ini merupakan satu sejarah betapa kekuatan mental dan semangat mempertahankan tanah air diceroboh pihak Israel terlebih dahulu sebelum ini sehingga melibatkan serangan Masjid ujar warga Plastine. 

Pemimpin Israel juga sungguh angkuh apabila menolak keputusan ICJ baru baru ini bagaikan mereka terlalu berkuasa berbanding badan ICJ,  Hamas dan Sekutunya juga tidak yakin dengan tekanan yang diberi oleh ICJ terhadap Israel memandangkan tentera Israel masih menyerang pelbagai penjuru Gaza.

Hanya dunia yang maha melihat kekejaman Zionis Israel terhadap bumi Gaza serta rakyat Plastine yang saban hari dibedil oleh rejim Israel dibumi Gaza, pemimpin dunia  sewajarnya memberi tekanan terhadap Israel agar menghentikan serangan terhadap bumi Plastine serta penduduk Gaza yang tidak berdosa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan