Sabtu, 13 Januari 2024

RAKYAT PAPUA MERUSUH

Oleh. Helary Sukiono

Papua New Guinea. Dalam keriuhan perusuh berlawanan pasukan pertahanan pemerintah hari berikutan ramai perusuh membantah pemotongan gaji kakitangan pemerintah sehingga ramai melakukan mogok dipejabat pemerintah.

Selain dari mogok dijabatan pemerintah, ramai juga kakitangan swasta turut mogok bagi membantah pemerintah memotong gaji para petugas mereka, ini menyebabkan kesukaran bagi penduduk mendapatkan barang makanan serta minyak bahan api berikutan terlalu ramai menyertai mogok tidak mahu berkerja. 

Ketegangan dibandar dan pekan negara ini sangat dirasai rakyat miskin namun tidak nampak ianya boleh selesai dalam masa terdekat, malah mungkin bakal berpanjangan jika pemerintah gagal memulihkan semula gaji seluruh pegawai mereka yang terlibat dalam pemotongan baru baru ini.

Sehingga berita ini ditulis, tunjuk perasaan dan mogok tidak berkerja masih berterusan disamping ada yang cuba melawan pihak  keselamatan negara ini sebagai protes besar besaran.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan