
Sabah. Penduduk negeri ini yang berdaftar sebagai pemilih mendakwa akan menunggu semua pemimpin pelbagai parti politik siapa yang lebih prihatin menemui mereka sepanjang tahun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan kelak.
Penduduk negeri ini percaya dengan kekuatan ada pada BN, PH, KDM dan WARISAN, manakala penyokong GRS dan PN pula yakin parti mereka mampu meraih sokongan sehingga DUN Sabah dibubarkan kelak.
Menurut penduduk Sabah, rakyat negeri ini lebih memilih pemimpin yang kerap menemui dan mendengar suara mereka sepanjang tahun berbanding hanya politik bermusim, tidak hairan lah ada pengamal politik bermusim setiap kali pilihan raya akan kehilangan wang pertaruhan walaupun calon dipilih memiliki kelebihan dalam semua aspek namun sukar ditemui dan dihubungi.
Hanya pemimpin parti politik Sabah sahaja yang tahu sejauh manakah rakyat memilih pemimpin mereka setiap kali pilihan raya DUN tanpa mengumumkan sokongan terbuka melainkan proses undi, pemimpin parti politik bermusim akan dihukum dengan undi protes sehingga hanya peroleh undi kurang dari satu ribu undi dalam setiap pilihan raya namun ramai yang terus mengamalkan nya ungkap penduduk Sabah.
Mampukah BN, PH, KDM dan WARISAN berkerjasama dalam PRN Sabah akan datang dan adakah pemimpin mereka sudah bergerak menemui segenap lapisan rakyat jelata?, sebaliknya bagaimana kekuatan dimata rakyat Sabah parti parti GRS, BERSATU, PAS dan GERAKAN yang dilaporkan turut mengintai kawasan bagi bertanding dalam PRN Sabah kelak.
Semasa berita ini ditulis beberapa penduduk Sabah yang dihubungi melaporkan ada parti baharu yang mula memperkenalkan namanya kepada rakyat Sabah, ramai rakyat negeri ini mengaku mendengar parti berkenaan menjadi sebutan sebilangan dari warga yang meminati perjuangan parti tersebut dengan nama Parti Impian Sabah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan