Isnin, 22 Januari 2024

MANA SEMANGAT MAUFAKAT BORNEO

"Laungan Kata Maufakat, Kerjasama Dan Bantu Membantu Yang Kerap Diungkap Setiap Hari Dilaporkan Hanya Kepentingan Golongan Tertentu Sahaja Tanpa Menyeluruh" 

Oleh. Gifkir Aming

Borneo.  Ramai warga yang masih tercari cari dimanakah slogan, MAUFAKAT, KERJASAMA, SALING BANTU MEMBANTU, TOLONG MENOLONG yang sentiasa diungkap setiap kali  bual bicara dalam pertemuan umum. 

Dalam ungkapan bicara ini ramai orang Sabah yang ditemui bertanya dimanakah ungkapan kata kata yang dilafazkan seperti yang didedahkan tersebut, malah kebanyakan yang mengungkap kata kata tersebut tidak pun mentelaah atau melaksanakan nya terhadap golongan yang memerlukan didepan mata.

Sebilangan penduduk Sabahan menyifatkan semua ungkapan kata kata tersebut sekadar pemanis bicara tanpa kenyataan yang direalisasikan sebenar, ini membuktikan bahawa dalam tinjauan golongan aktivis  masyarakat tempatan sukar digambarkan sebenar yang jujur berkerjasama, bantu membantu, Tolong Menolong menerusi warga masa kini. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua warga Borneo wajar mengkaji sejauh manakah keberkesanan penyampai kata kata yang manis tanpa ada perlaksanaan nya secara jelas sehingga masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa  kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan