Ahad, 21 Januari 2024

GUNA PEKERJA WARGA MALAYSIA

"Sebagai Memenuhi Tenaga Pekerja Dicadang Guna Tenaga Pekerja Malaysia Dengan Gaji Seimbang Kerjaya Mereka" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. Isu peniaga yang kekurangan tenaga pekerja wajar menggunakan kaedah pengambilan tenaga pekerja Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah tanpa memilih bangsa dan agama serta gaji seimbang dengan kerjaya golongan pekerja.

Ini penting bagi meneruskan kesinambungan perniagaan tanpa bergantung sepenuhnya terhadap pekerja asing apa tak lagi saranan kerajaan Malaysia mengutamakan pekerja tempatan, malah ramai penganggur atau lepasan sekolah yang ditemui mengaku tidak akan memilih kerja jika bersesuaian gaji dan kerjaya yang dilakukan ujar mereka. 

Kebanyakan pengguna tenaga pekerja asing adalah mereka yang memiliki pertalian kekeluargaan diluar negara dan berhasrat mahu semua keluarga serta suku etnik mereka berkerja didalam kedai perniagaan mereka, tidak hairan lah kerap kali mereka meminta kerajaan melonggarkan syarat kemasukan pekerja asing demi mereka mahu kaum mereka diluar negara memasuki dan mengisi kerjaya dalam perniagaan mereka.

Semua rakyat Malaysia khususnya luar bandar mahu sahaja berkerja dengan gaji seimbang masa kini tanpa kerja yang melebihi dari kemampuan mereka, namun tidak ada usaha pekedai memberi peluang orang asli Malaysia berkerja dalam industri perusahaan mereka melainkan terus mengharap suku mereka diluar negara mengisi jawatan berkenaan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan