Isnin, 22 Januari 2024

MILIK SIAPA DUN INANAM PRN AKAN TIBA?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Kota Kinabalu. Pelbagai ramalan terhadap Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam sejak setahun lalu berhubung keperluan rakyat berdaftar pengundi dikawasan tersebut  menjelang PRN akan datang.  

Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam merupakan tradisi milik PBS sejak sekian lama walaupun ramai rakyat kawasan tersebut mendakwa sudah berpindah keahlian parti, namun jika berlaku perubahan teraju kepimpinan perjuangan PBS yang turun padang mendekati warga pengundi setempat mereka boleh kembali menyokong parti tersebut.

Sebilangan pengundi DUN Inanam mengaku mereka sedang menanti orang PBS seperti En. Ajis Dyonisius Lobinson yang aktif membantu rakyat walaupun tidak mempunyai jawatan tertinggi, namun terus juga mendampingi serta menghulur sumbangan orang susah walau tidak seberapa khususnya untuk orang orang kampung pengundi DUN Inanam sejak beberapa tahun yang lalu jelas mereka. 

Sehingga hari ini kerusi DUN Inanam masih menjadi percaturan dikalangan parti parti didalam kompenen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun tidak semua pengundi DUN tersebut yang ditemui mengenali para pemimpin bahagian parti kompenen GRS kawasan tersebut berikutan sukar menemui mereka.

Hanya pemimpin tertinggi PBS pusat khususnya Presiden dan Timbalan Presiden yang mampu mendengar keluhan kami pengundi DUN Inanam, ini penting jika PBS mahu calon parti mereka meraih kemenangan dalam PRN akan datang setelah ditewaskan oleh PKR PH tiga penggal berturut turut ungkap penduduk Inanam.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan