Khamis, 25 Januari 2024

PERCATURAN POLITIK SABAH KUASA PENGUNDI

"Semua Keputusan Parti Mana Berpengaruh Terletak Pada Rakyat Pengundi Dan Bukan Pada Pemimpin Parti Didalam Setiap Bahagian Atau Cawangan" 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Sabah. Slogan pemimpin bahagian sesuatu parti bukan lagi ukuran bagi rakyat pengundi masa kini malah keutamaan rakyat pengundi adalah bantuan orang politik keatas orang susah tanpa memilih suku etnik serta perkauman dan agama. 

Ramai rakyat masa kini yang ditemui mendakwa ratusan pemimpin parti politik bahagian dan cawangan mendabik dada mereka dikenali serta mampu disokong segenap lapisan pengundi, sebaliknya  golongan terlibat dilaporkan sekadar mendapat suara kurang dari 100 orang dalam setiap kali pertemuan hanya golongan yang mahu jawatan jika diberi peluang.

Ini lah senario politik di Sabah berdasarkan pandangan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi sehingga ada calon yang hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya, malah ada juga pemimpin parti  politik bahagian serta cawangan yang ego dan angkuh enggan mendengar pandangan penganalisis politik yang selamba berjumpa mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan