Selasa, 9 Januari 2024

APAKAH PERNIAGAAN MEREKA TIAP HARI?

"Tiap Hari Kumpulan Ramai Duduk Berdiri Di Lorong Pejalan Kaki Depan Sesebuah Kedai Dalam Negeri Ini Entah Apa Perniagaan Sebenar Mereka"

Oleh. Gifkir Aming  

Sabah. Mengimbas setiap lorong pejalan kaki didepan kedai kedai kecil dalam negeri ini menjadi tumpuan kerumunan orang ramai wanita dan lelaki  tidak ada yang menghiraukan apakah urusniaga mereka. 

Sesetengah penduduk yang ditemui  dalam kerumunan 

berkenaan  sekadar menjawab tidak tahu namun ditangan ada kertas digenggam bertulis nombor yang sangat berguna bagi mereka tanpa diketahui orang ramai melihatnya. 

Anehnya  semua kumpulan yang berhimpun dilorong pejalan kaki depan kedai kecil bercampur campur lelaki perempuan tidak menghiraukan setiap  sahaja lalu lalang dikawasan berkenaan.

Antara kisah dalam Sabah yang menjadi tumpuan orang ramai setiap hari yang dipaparkan oleh sebilangan penduduk negeri ini sebagai renungan pembaca didalam dan luar negara, semua lokasi yang menjadi kerumunan orang setiap hari dilaporkan menyediakan pengawal sulit bagi memantau kehadiran pihak penguatkuasa yang mengimbau kawasan terlibat.

Menurut penyampai maklumat tersebut kegiatan berkumpul setiap hari dilorong kedai kedai kecil adalah kegiatan perjudian gelap nombor ekor dan Wahui amnya, golongan yang dilantik sebagai pengawal pemantau pula dilaporkan tergolong orang asing bagi memberi maklumat jika ada penguatkuasa meninjau kawasan terlibat.

Kegiatan seumpama dilaporkan menjadi tumpuan kaki judi tanpa mengira lelaki dan wanita serta berbilang agama berbanding permis perjudian nombor ekor dilesenkan menghalang orang Islam berjudi, ini lah kelebihan perjudian gelap tanpa lesen menerima semua pembeli berbilang agama tanpa had malah penjualan nya dilaporkan ada dimana mana diseluruh negeri Sabah termasuk luar bandar tegas warga negeri ini.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan