Isnin, 15 Januari 2024

IKLAN LAMAN SOSIAL PERIBADI MENGENA JERAT

"Keghairahan Melanggani Iklan Produk Laman Sosial Peribadi Menjerat Seluruh Warga Malaysia Mungkin Sabah Dan Sarawak Juga"  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. IKLAN barang tiruan dilaman sosial yang menjadi tuntutan puluhan ribu orang setiap hari kantor apabila diserbu dan dirampas pihak Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna beberapa hari yang lepas. 

Pelayar laman sosial dalam negara ini tidak menghiraukan barang terlibat tiruan atau asli asalkan nampak didalam laman sosial terus menempah sehingga kedai terbabit diserbu pihak berkuasa dengan kepayahan membuat intipan beberapa lama bagi mengumpul maklumat.

Sebaik pihak berkuasa melakukan rampasan barang tiruan baharulah pelayar laman sosial persendirian membuka mata yang mungkin mereka sudah bersekongkol dengan barang tiruan selama melangganinya.

Pendedahan ini sebagai peringatan kepada seluruh warga Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah agar berwaspada dengan semua laman sosial persendirian bagi mengelak tertipu dengan iklan persendirian yang dimuatkan tanpa suntingan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan