Rabu, 17 Januari 2024

SABAH SANA SINI

"Pandang Sana Sini Ramai Wanita Tidak Takut Menyeberang Jalan Raya Dibawah Jejantas Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu Sejak Kebelakangan Ini"  

 Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Ramai kumpulan veteran penduduk Sabah terkilan melihat gelagat beberapa wanita muda enggan menyeberang jalan raya menggunakan jejantas yang telah disediakan.

Golongan terlibat sanggup berlari menyeberang jalan raya laluan kenderaan yang banyak rintangan dan masaalah berbanding menaiki jejantas yang disediakan pihak berkuasa kerajaan SABAH, wanita negeri ini dilaporkan kurang menitikberatkan soal keselamatan diri mereka dengan berlari lari menyeberang jalan raya dibawah laluan jejantas yang pihak kerajaan sediakan demi keselamatan nyawa. 

Bayangkan lah jika semua warga dinegeri ini tidak menggunakan jejantas yang dibina kerajaan bagi memudahkan rakyat pejalan kaki menyeberangi  jalan raya tiap hari, mungkin lebih ramai pejalan kaki menyeberang jalan raya bakal dilanggar kenderaan berikutan tidak langsung menggunakan jejantas yang sedia ada.

Dalam konteks ini rakyat Sabah boleh berfikir keperluan jejantas  yang kerajaan sediakan untuk kegunaan mereka, apapun pilihan ada ditangan rakyat masing masing mahu selamat kah atau sebaliknya dimana tepuk dada tanya hati mana jugapun yang terbaik.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan