Selasa, 16 Januari 2024

SETIAP HARI BERLAKU DIDEPAN MATA

"Gempar Setiap Hari Berlaku Didepan Mata Namun Majoriti Yang Menonton Hanya Tersenyum Tanpa Menghiraukan Nya" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Aktivis warga Sabah meminta penduduk yang melihat kelakuan penunggang Motorsikal Tanpa HELMET atau TOPI KELEDAR agar ditegur supaya tidak melakukan nya berulangkali dipekan atau bandar.

Majoriti penduduk Sabah harus peka dan bertanggongjawab bagi menghentikan kegiatan seumpama demi keselamatan penunggang dan orang memandu kenderaan lain dijalan raya laluan mereka setiap hari.

Bayangkan lah penunggang motorsikal tanpa HELMET didepan orang ramai hampir tiap hari namun majoriti sengaja tidak ambil tahu, ada juga yang sekadar menonton kelakuan sebilangan penunggang Motorsikal terlibat namun terus membiarkan mereka berlalu pergi entah kemana.

Menurut aktivis masyarakat Sabah kejadian seumpama bukan perkara baru malah telah lama diamalkan oleh golongan penunggang motorsikal berkenaan dan rakan rakan mereka yang berlagak bagai mereka berkuasa semasa dijalan raya.

Apapun hanya warga Sabah sahaja yang mampu memohon bantuan pasukan keselamatan memantau mereka yang berkelakuan menunggang motorsikal laju dan tanpa HELMET secara berkekalan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan