Isnin, 29 Januari 2024

SABAH SANA SINI

"Ramai Terlepas Pandang Isu Sabah Sana Sini Namun Hakikatnya Itu Lah Kenyataan Dan Tidak Mampu Dibendung Melainkan Warga Sabah Sendiri Yang Membendungnya"  

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Mengimbas perjalanan jejak langkah kenegeri Sabah banyak perkara didepan mata rakyat lihat setiap hari namun tidak pernah ianya dibendung oleh pihak berkuasa kerajaan 

negeri yang dipertanggungjawabkan. 

Antaranya ialah penjual buah buahan bergerak kawasan bandar serta perayu mengutip wang derma NGO secara memaksa disetiap pintu keluar BANK serta KOMPLEKS PASAR RAYA setiap hari.

Dua kes berkenaan dilapor mengejutkan warga Sabah hari ini  sehingga menjadi tanda tanya mengapa golongan terlibat dibiarkan  bergerak bebas disana sini dalam negeri Sabah. 

Sebilangan penduduk Sabah yang ditemui mempersoalkan pengutip wang derma yang memaksa serta peniaga buah bergerak dipercayai bukan penduduk tempatan, dalam kejadian seumpama pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah perlu memantau pengutip derma memaksa dengan orang awam dan penjual buah meragukan dipantau setiap hari jelas mereka.

Semua pihak wajar memerhati keadaan dibandar dan pekan agar tidak ada ruang golongan tertentu ambil kesempatan mengaut keuntungan dengan kebebasan yang ada dipelusuk negeri ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan