Ahad, 14 Januari 2024

BICARA PATI SALAH SIAPA?

"PATI Dalam Negara Ini Termasuk Sabah Dan Sarawak Hanya Boleh Dihapuskan Jika Semua Warga Malaysia Sepakat Melindungi Mereka" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sikap

menuding jari  menyalahkan pihak tertentu berhubung kebanjiran PATI wajar dihentikan berikutan PATI bercampur gaul warga Malaysia termasuk Sabah Sarawak setiap hari. 

PATI juga bukan sahaja dilindungi sebilangan warga Malaysia malah mereka (PATI) juga diberi pelbagai pekerjaan cara tersembunyi oleh pelbagai suku etnik didalam negara ini, anehnya setiap operasi pihak berkuasa diseluruh negara ramai pelindung PATI dilaporkan cuci tangan tidak mengaku mengenali PATI berkenaan dipersekitaran mereka.

Hanya PATI yang berkerja dengan syarikat swasta berdaftar sahaja yang boleh dikenakan tindakan manakala kerja persendirian bakal cuci tangan akibat tidak didaftarkan, ini antara punca PATI dalam Malaysia dilaporkan sukar dibendung apa tak lagi di Sabah masih ramai pelindung PATI sekitar perkebunan atau ladang lapor orang tempatan hari ini.

Kerajaan sungguh sungguh membendung kebanjiran PATI namun rakyat berbilang bangsa dalam Malaysia suka ambil kesempatan melindungi mereka dengan pelbagai cara sampai sukar dikesan, ada PATI yang sanggup berlindung dilarang terpencil dengan pelbagai kerja diperolehi dari pemilik tanah disamping kontrak buat rumah persendirian diluar bandar demi mendapat wang  ringgit sara hidup.

Sehingga hari ini isu melindungi PATI dilaporkan sukar dibendung berikutan kebanyakan golongan terlibat terus menyembunyikan kewujudan kloni setinggan, tidak hairan lah jika sampai masa kini masih terlalu banyak maklumat kebanjiran PATI dikawasan luar bandar seluruh negara akibat pelindung terus berleluasa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan