Isnin, 15 Januari 2024

PATI TIADA ISTILAH BEBAS

"Isu PATI Dimana Juga Diseluruh  Negara Ini Termasuk Sabah Tidak Ada Yang Mampu Bebas Jika Benar Benar Semua Etnik Rakyat Malaysia Dan Sabah Amnya Bersatu Menyerahkan Mereka Kepada Pihak Berkuasa" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia termasuklah Sabah perlu bermaufakat bagi membenteras dan melaporkan kehadiran siapa juga Pendatang Asing Tanpa Izin disetiap kawasan kediaman atau perkampungan masing masing.

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  tidak akan bertahan didalam Malaysia jika semua warga dalam negara ini bersatu hati melapor golongan terlibat pada pihak berkuasa, malah kebanjiran PATI  dalam negara ini berpunca dari segelintir warga Malaysia dilapor melindungi serta memberi pelbagai pekerjaan harian keatas golongan PATI  kawasan berhampiran. 

Ini disuarakan sekumpulan pesara pasukan keselamatan yang menemui Media Terkini Harian Malaysia dekat sini sebagai mendedahkan punca PATI terus membanjiri negara ini, bayangkan lah ada PATI yang berani membina perkampungan didalam hutan kecil sedangkan ditonton oleh segelintir warga Malaysia tiap hari namun banyak yang tutup mulut jelas mereka.

Kerajaan Malaysia masa kini terus berusaha memburu PATI walau dimana sekalipun berada asal pasukan pemantau berjaya mengesan mereka, namun tanpa bantuan semua warga Malaysia golongan PATI  tidak mampu diberkas semua sekali  berikutan pelindung mereka masih berleluasa. 

Hanya kerjasama seluruh warga Malaysia dan pihak kerajaan memantau keberadaan setiap PATI diseluruh negara dan Sabah amnya agar menghentikan perlindungan PATI oleh warga negara, jika masih ada amalan warga negara Malaysia melakukan perlindungan terhadap PATI sampai bila pun golongan terlibat tidak akan berkurangan didalam negara ini malah mungkin bertambah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 



 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan