Ahad, 2 Jun 2024

BUDAYA TRADISI SEIRING DENGAN MASYARAKAT

Oleh.  Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Setiap program pelbagai sambutan sepanjang tahun pe-

rlu ada kesiapsiagaan,  demi kelancaran program yang kerap dianjurkan agar tidak adat ya
ng cacat celanya.

Malah program pertandingan juga wajar dihebahkan menerusi akbar ak-

bar yang berlesen sebagai wadah rujukan masyarakat akan datang, sebagai contoh paluan gong dan pertandingan tarik tali, Rampanau, gerai makanan terbaik, 
permainan Carrom dan syumbara semua boleh disiarkan berkekalan sebagai rujukan bersama sepanjang hayat.
Mengimbau segala yang berlaku disetiap negeri ini sepanjang pelbagai program  sambutan perayaan pastinya banyak rujukan boleh diteladani,  namun jika tidak ada langkah langkah menghimpunkan berita bernas seumpama ianya bakal hilang tak sampai setahun berlalu setiap sejarah yang berlangsung sepanjang majlis terlibat.

Kebanyakan sejarah program yang dianjurkan sepanjang tahun merupakan budaya mengikut pelbagai etnik disetiap kampung mahupun daerah, namun banyak program yang dijalankan sama ada peringkat kampung mahupun daerah hanya tinggal kenangan selepas beberapa bulan berikutan keengganan jawatankuasa penganjur berkerjasama dengan mana mana akbar melakukan liputan khusus.

Sabah merupakan sebuah negeri yang banyak warisan budaya setiap kali ada program  perayaan yang dianjurkan pada setiap kampung namun hilang begitu sahaja dalam beberapa minggu sahaja, ini menyebabkan segala program perayaan disetiap perkampungan walaupun menarik serta  bermakna untuk dicontohi dalam jangkamasa panjang  akan hilang tanpa rujukan yang berkekalan.

Sehubungan dengan paparan khas program setiap perkampungan mewakili budaya pelbagai etnik suku kaum dalam negeri ini, boleh  dibincang oleh setiap jawatankuasa penganjur bersama mana mana akbar yang berlesen bagi membuat liputan demi rujukan berkekalan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan, Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan