Jumaat, 7 Jun 2024

BIAR PASUKAN KESELAMATAN BUAT SIASATAN

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Kerajaan negeri perlu seiring dengan pasukan keselamatan menyi-

asat dakwaan palauuh rumah mereka diroboh dan dibakar. 

Tidak mungkin kerajaan negeri sekejam dakwaan tersebut apa tak lagi rumah kediaman manusia, namun sebaliknya jika tanah kerajaan tempat membina rumah tanpa kebenaran adalah wajar dirobohkan pihak kerajaan apa tak lagi pendatang asing tanpa izin.

Semua isu melibatkan perobohan rumah setinggan adalah kuasa kerajaan Sabah bagi membersihkan tapak tanah kerajaan, jadi isu yang tukar rumah setinggan diroboh malah ditayang gambar rumah dibakar biarkan pasukan keselamatan melakukan siasatan lebih terperinci.

Menurut perundangan dalam negeri ini, setiap rakyat warganegara Malaysia di Sabah pasti ada tanah perkampungan yang disediakan kerajaan Sabah, namun pelik masih ramai warga yang mengambil keputusan sendiri membina rumah ditampal tanah kerajaan negeri malah ada yang menceroboh tanah geran orang lain tanpa kebenaran.

Sebagai contoh jika kita dilahirkan di Sindumin dalam tanah perkampungan diluluskan kerajaan Sabah, mana mungkin kita boleh membina perkampungan tetap dikawasan Kepayan melainkan kita membeli tanah untuk membina rumah ujar pakar adat yang ditemui.

Apapun yang berlaku jika kita tidak menceroboh tanah kerajaan atau tanah geran nama orang lain diseluruh negeri Sabah pada tempoh yang lama, kerajaan Sabah dan Malaysia tidak mungkin menghalau keluarga kita melainkan jika berlaku kebanjiran pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pasti diusir lapor pakar adat yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran, pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan