Isnin, 17 Jun 2024

PEROMPAK BERPAKAIAN PENGAWAL KEJUTKAN NEGARA

Oleh. Basron Kirwan 

Selangor. Negara dikejutkan laporan perompak kedai emas mwmakai uniform pengawal keselamatan  dalam negara ini, jika benar laporan perompak kedai emas berkenaan memakai uniform pengawal keselamatan sudah pasti menakutkan orang awam apa tak lagi jika bersenjata api.

Semua permis kedai EMAS haruslah mengambil iktibar kejadian tersebut agar sentiasa memperkasa pasukan penjaga kedai mereka setiap masa, semua inseden seumpama boleh dicegah jika mereka (pemilik kedai emas) mahu memperkasa keselamatan dikalangan orang yang betpengalaman. 

Perompak masa kini mahir mengesan kewibawaan para anggota pengawal keselamatan sejauh mana pengalaman mereka, namun jika pemilik kedai emas benar benar mahu terjamin mutu keselamatan  permis mereka  boleh merujuk kepada pertubuhan bekas tentera atau bekas polis. 

Ini didedahkan beberapa pesara anggota tentera Malaysia yang menyifatkan pengambilan pengawal keselamatan tidak dikaji lebih teliti, banyak permis yang sekadar mahu melihat ada pengawal beruniform dipintu kawalan namun tidak tahu latar belakang seseorang pengawal betkenaan jelas mereka.

Untuk rekod diseluruh negara Malaysia permis pengguna kawalan keselamatan tidak semua meneliti latar belakang pengawal yang diambil bertugas, keutamaan mereka sekolah tinggi dan orang muda jauh sekali memiliki pengalaman dalam penjagaan keselamatan apa tak lagi kemahiran mengenali geng kumpulan perompak.

Semua pemilik permis kedai emas atau mana mana permis pengguna kawalan keselamatan boleh merujuk pendedahan ini, tidak semua pengawal keselamatan yang diambil bertugas menjaga permis mereka  itu terbaik apa tak lagi jika ianya berasal dari luar negara.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan