Isnin, 3 Jun 2024

TUAH DIMAJLIS PERAYAAN BERKEMBAR

 Oleh. Williem Anak Lagau 

Dan Mat Qyyem Hazemi Hamid 

Telipok. Siapa menduga undangan Majlis Aidilfitri Dan Pesta Menuai mukim Tamalang Kebayau baru baru ini memberi tuah pada para pengunjung bila memperolehi cabutan nama bertuah mereka.  

Kebanyakan pengunjung majlis tersebut berjaya memperolehi cabutan nama bertuah dengan pelbagai hadiah menarik  yang disediakan pihak penganjur, selain dari itu ada juga hadiah hadiah yang disumbang para penderma dikalangan dermawan yang berjalan 
Program sepanjang satu hari diselang seli acara sukan padang  dan Paluan Gong  dikalangan pemalu handalan terpilih sekitar perkampungan berhampiran.

Kemeriahan majlis berkembar Aidilfitri Pesta Menuai berkenaan dapat dirasai seluruh warga yang menghadirkan diri

sepanjang hari dipadang kampung terlibat, malah rombongan Media Terkini Harian Malaysia yang hadir sepanjang majlis tersebut juga ada yang menerima cabutan nama bertuah dengan beberapa hadiah luar jangka sepanjang sehari dimajlis berkenaan.
Jawatankuasa penganjur juga memberi penghormatan kepada pegawai kanan rangkaian penyiaran Media Terkini Harian Malaysia bagi menyampaikan hadiah hadiah cabutan tiket nama bertuah kepada warga penerima  pada sepanjang majlis berkenaan.
Antara hadiah yang dimenangi para pengunjung ialah barangan eletronik, barangan dapur juga banyak penerima memperolehinya, sebilangan pengunjung juga rasa terkejut dengan kehadiran kru Akbar Media Terkini Harian Malaysia sepanjang sehari
yang penuh meriah.

Adalah menjadi harapan warga desa yang mengunjungi  perayaan kembar berkenaan dapat menjadi tatapan umum bukan sahaja dalam negara Malaysia, malah turut menjadi bahan bacaan diperingkat luar 

negara sepanjang masa tanpa rasa keciciran seperti sebilangan penganjuran ujar para pengunjung yang  ditemui.

Untuk rekod, majlis tersebut dianjurkan hasil kerjasama beberapa pemimpin parti politik dan penduduk kampung sekitar, malah ada juga badan ngo yang turut menghulur sumbangan bagi memeriahkan penyediaan bantuan dan hadiah hadiah cabutan tiket bertuah nama dikalangan pengunjung yang memeriahkan majlis sepanjang majlis tersebut pada  1 Jun 2024.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan