Jumaat, 7 Jun 2024

AKUI PATI DAN WARGA ASING MENCEROBOH NEGARA INI

Oleh. Williem Anak Lagau

Nusantara Serantau. Masyarakat serantau wajar menerima hakikat bahawa Pendatang Tanpa Izin akan terus mencari ruang menceroboh masuk kenegara ini selagi ada ruang demi mendapat gaji lumayan. 

Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tugas memantau dan memeriksa mereka yang mencurigakan sehingga ramai tertangkap Pendatang Tanpa Izin diseluruh negara, namun masih ada golongan tertentu yang cuba mendakwa PATI adalah penduduk tempatan tercicir mendapat dokumen diri ujar golongan yang cuba melindungi mereka. 

Dalam menjaga kedaulatan negara serantau semua warganegara perlu bersikap rasional tidak menyokong PATI menduduki negara mereka, jika mereka keturunan dalam negara ini pasti ada kampung halaman dan ada keluarga kandung memiliki dokumen diri dan bukan semua PATI.

Apapun sebutan golongan mereka yang cuba melindungi PATI kerajaan Malaysia dan serantau harus bertindak tegas bagi mengusir golongan terlibat, semua alasan melindungi PATI bagai tidak masuk akal berdasarkan kepada sejarah negara yang warganya ada kampung asal dan bahasa tidak terlupa. 

Setiap PATI yang ditahan boleh dikesan loghat bahasa mereka walau dari negara mana sekalipun berdasarkan kepakaran para pegawai jabatan kerajaan masa kini, taktik lapok golongan tertentu cuba melindungi PATI  mula dikesan oleh setiap warganegara nusantara serantau yang kerap memberi maklumat pihak berkuasa negara.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan