Khamis, 6 Jun 2024

SETUJUKAH PENDUDUK WP LABUAN KEMBALI KE SABAH?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pungutan suara warga Labuan diperlukan berapa jumlah bersetuju dan membantah Labuan balik ke Sabah serta kekal bagi wilayah persekutuan Labuan.

Ini didedahkan oleh penghuni Wilayah  Persekutuan Labuan sebagai mengulas usul orang politik Sabah yang mencadang WP LABUAN dikembalikan pada Sabah, WP LABUAN maju sepanjang menjadi wilayah Persekutuan namun kini dilaporkan terdapat hasrat sebilangan orang politik Sabah mengembalikan nya dalam naungan pentadbiran negeri Sabah seperti masa yang lalu. 

Dalam konteks masa depan wilayah persekutuan Labuan hanya penduduk setempat sahaja yang mampu memilih pentadbiran antara wilayah persekutuan mahupun kembali kepada Sabah, terlalu awal mencadangkan wilayah persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah tanpa diberi ruang seluruh penduduk asli Labuan memilih halatuju pentadbiran kawasan tersebut.

Penduduk Labuan harus diberi kebebasan halatuju pentadbiran yang mereka sokong tanpa ada paksaan pihak tertentu, warga Labuan telah matang menempuh cabaran sepanjang Ditabdir oleh wilayah persekutuan selama ini tegas mereka. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan