Khamis, 27 Jun 2024

POLITIK TEMPATAN BANYAK SONGEH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk berdaftar sebagai pengundi di DUN Inanam keciwa dengan sebilangan pemimpin parti politik tempatan yang banyak berjanji , namun bila ditanya  program bakal dijalankan terus buat alasan penuh songeh  tanpa menepati cadangan yang diberi kepada warga desa umpama janji kosong.

Pemimpin tempatan terlibat yang berpenggal dalam parti politik tempatan sangat mengeciwakan pengundi kawasan Dun Inanam namun masih dipertahankan kepimpinan bahagian, ini menyebabkan penduduk setempat sanggup mengundi parti Malaysia berbanding parti tempatan demi memelihara kekuatan kerjasama diantara pemimpin telus bersama rakyat ujar penduduk Inanam. 

Kru Media Terkini yang membuat tinjauan sekitar Dun Inanam dimaklumkan rakyat setempat  bukan muda mendampingi sebilangan ahli parti politik setempat, banyak alasan diberi sebilangan ahli parti politik tempatan sebaik dituntut oleh pengundi  kawasan Dun Inanam mahupun Sabah amnya ujar warga Inanam. 

Media Terkini cuba menghubungi beberapa pemimpin parti politik tempatan Dun Inanam namun sukar memandangkan pelbagai alasan diberi serupa luahan pengundi setempat, tidak hairan lah terlalu sukar calon parti tempatan menang dikawasan tersebut setiap kali pilihan raya apa tak lagi calon  parti baharu dalam naungan parti tempatan.

Apapun pendedahan ini sekadar merungkai kemelut politik tempatan bagi Dun Inanam supaya merombak pemimpin yang berjanji tidak tepat pada rakyat setempat, silih berganti calon parti tempatan Dun Inanam sekalipun tidak akan menang selagi membelakangkan rakyat pengundi berterusan tetap juga tewas tegas warga Inanam hari ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan