Ahad, 9 Jun 2024

.KAAMATAN SONGKOTOUN

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Matlamat menyambut Kaamatan Songkoto
un adalah memupuk perpa-
daun disamping mengeratkan kekeluargaan sesama masyarakat sejagat. 

Sebaliknya ada juga warga yang dilaporkan memilih kumpulan yang diundang  menyertai Tadau Kaamatan Songkotoun dalam kawasan mereka, tidak hairan lah jika ada sambutan Kaamatan Songkotoun  masa kini  kurang dikunjungi warga  berhampiran  berikutan kurang hubungan dan keakraban.

Berbeza dengan sambutan Kaamatan Songkotoun di Kg. Tuhan Baru dengan kemesraan berbilang etnik dab agama namun sepakat menjamu juadah yang disediakan oleh umat Islam, beberapa penduduk setempat yang menghantar rakaman sambutan Kaamatan Songkotoun kepada Media Terkini Harian  Kuala Lumpur padat pelbagai acara.

Warga Kg. Tuhan Baru juga mengaku  setiap acara pesta menuai mereka pasti mengundang beberapa pakar memasak dikalangan umat Islam, ianya perlu demi menjaga umat Islam  yang menghadiri sambutan Pesta Kaamatan mereka agar hidangan yang dijamu adalah makanan halal ujar mereka.

Apapun  semua penganjur pesta Menuai songkotoun perlu memupuk permaufakatan tanpa memilih etnik dan agama agar hubungan kekeluargaan terus berkekalan, sikap golongan tertentu  juga tidak wajar memilih suku etnik atau agama  yang harus didampingi bagi mengelak hubungan kekeluargaan renggang ditengah jalan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran, dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan