Sabtu, 22 Jun 2024

SEMUA PERHENTIAN BUS JADI TERMINAL?

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Kerajaan negeri diminta mengurangkan kuasa pemandu Bus Mini menguasai dan menjadikan Perhentian Bus sebagai TERMINAL TETAP  mereka demi kepentingan orang awam yang lain. 

Sikap segelintir pemandu Bus Mini yang dilaporkan menyewa permit dan Bus Mini bagai berkuasa besar sehingga memarahi Bus Mini lain singgah mengambil keluarga mereka, ia mempamerkan pemandu Bus Mini terlibat sekadar mempamerkan keangkuhan  mereka tanpa tahu undang undang didalam pengangkutan awam Malaysia mahupun Sabah amnya.

Pemilik permit dan Bus Mini yang menyewakan kepada pemandu tidak berdaftar wajar mendidik golongan pemandu berkenaan supaya belajar dan menghormat peraturan pengangkutan awam, ini penting demi menghindari perbuatan pemandu Bus Mini Berbaris disetiap Bus  Perhentian bagaikan ianya sebuah terminal tetap tanpa kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tegas orang Sabah. 

Kes seumpama sudah berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu namun kini semakin menjadi jadi kelakuan mereka sehingga sanggup cari gaduh bukan sahaja pemandu bus lain malah juga dengan penumpang jika tidak naik bus mini mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan