Rabu, 26 Jun 2024

PENGEMIS PERLU DIGEMPUR SAMPAI KE SABAH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Isu pengemis asing yang sentiasa digempur pihak berkuasa tempatan bagi Semenanjung Malaysia wajar digempur secara menyeluruh sampai ke Sabah. 

Pengemis warga asing bagi negeri Sabah sangat ramai dengan bijak melakukan pelbagai helah disamping mendapat sokongan para pekerja asing sebangsa mereka hampir setiap hari.

Pengemis di Sabah bukan sahaja duduk dikaki lima kedai malah ramai yang bergerak berjalan dari satu kedai ke kedai lain setiap
hari, mereka juga tanpa segan menghulur tangan walaupun sihat tubuh badan umpama mereka kebal serta gagal dikesan mata warga tempatan.  

Pengemis jalanan bagi negeri Sabah hanya boleh cakap Melayu MAU MAKAN dan MAU MINUM dengan membawa kanak kanak kurang 3 tahun sebagai  senjata mereka meraih simpati warga orang Sabah.

Ada juga warga Sabah yang tidak mampu mengesan asal usul peminta sedekah terlibat sehingga menghulurkan sahaja wang ringgit antara RM5.00 hingga RM10.00 melihat anak kecil yang dibawa sebagai  meraih simpati dari orang ramai. 

Isu peminta sedekah bagi negeri Sabah dilaporkan berasal dari negara jiran terdekat mereka namun ramai orang Sabah gagal mengesan asal usul  walaupun loghat bahasa didengar dengan  jelas tegas penduduk tempatan.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua peminta sedekah seluruh negara wajar diburu habis habisan apa tak lagi mereka berstatus orang asing perlu dihantar balik kenegara asal mereka jika terus meminta sedekah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan