Ahad, 23 Jun 2024

ISU PERKAMPUNGAN JALAN DHAIF

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Isu tanah geran perkampungan dan pertanian sukar menempah kemajuan sampai kehari ini, ianya berpunca dari kegagalan golongan pemimpin negeri memberi jalan raya terbaik terhadap masyarakat asli Sabahan sehingga tanah geran mereka gagal dimajukan. 

Ada banyak tempat luar bandar Sabah masih 

belum ada jalan raya walaupun geran tanah dikeluarkan pada tahun 1950 an dan 1960 an dahulu lagi, tidak hairan lah jika era tahu  2024 ini ramai orang asal Sabah masih berjalan kaki mengusahakan tanah kebun mereka akibat tidak memiliki jalan raya sebagai keperluan mereka.

Mengapa warga kampung masih lagi tidak memiliki perhubungan jalan raya yang sempurna selepas 60 tahun merdeka?, persoalan yang kerap diluahkan orang asli Sabah terutama mereka yang tinggal diperkampungan tanah tinggi sedangkan setinggan semua nya muda memiliki jalan raya.

Warga emas hanya melihat tanaman ditanah mereka yang belum memiliki jalan raya memandangkan jarak dari jalan kampung hampir 5 kilometer, mana mungkin warga emas mampu mengangkat hasil tani mereka untuk dipasarkan ke pekan berhampiran tanpa ada kemudahan jalan raya tegas warga Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan