Khamis, 6 Jun 2024

PERTUKARAN AGAMA ADALAH HAK KELUARGA

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu pertukaran agama didalam keluarga merupakan hak ketua keluarga itu sendiri, rasanya tidak ada kesesuaian dibahas dalam akbar akbar atau media sosial apabila ramai bukan Islam telah mengaku memilih memeluk agama Islam melainkan bantahan ibu bapa bagi anak dibawah 18 tahun.

Ini didedahkan aktivis masyarakat Borneo berhubung kelantangan orang orang membidas warganegara Malaysia memilih Islam sebagai ugama mereka tanpa dipaksa, untuk rekod kepada penentang rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas memilih Islam sebagai agama pegangan hidup mereka mengapa gelabah sangat ujar mereka.

Bagaimana orang para penentang ini membidas rakyat Malaysia memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka, sedangkan ada sebilangan kecil di Borneo wanita dilaporkan sanggup bersekedudukan lelaki bukan Islam sampai terlanjur namun semua senyap tutup mulut ujar mereka. 

Terdapat sumber maklumat wanita Islam bertunang dengan lelaki bukan Islam boleh ada anak terlanjur tanpa dihebahkan bagaimana mereka berkahwin, dalam kes seumpama badan NGO semua tutup mulut bagai tak dapat mendedahkan isu seumpama melibatkan individu mengaku Islam dan duduk bersama lelaki bukan Islam.

Semua aspek jika disuarakan terbuka perlu ada keseimbangan melibatkan semua agama yang dipegang golongan tertentu, jangan hanya bersuara terbuka jika orang menukar agama kepada Islam namun bila wanita Islam duduk  dengan lelaki bukan Islam senyap tidak bersuara tegas aktivis masyarakat Borneo.

Kru Media Terkini dimaklumkan bahawa terdapat lelaki bukan Islam di Borneo sanggup membawa wanita Islam duduk serumah entah bagaimana status mereka, NGO yang lantang bersuara jika orang bukan Islam memeluk agama Islam bagai membisu tidak terkata wanita Islam duduk serumah dengan lelaki bukan Islam. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran, dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan