Rabu, 5 Jun 2024

WASPADA ORANG TIDAK DIKENALI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Semua penduduk luar bandar perlu berwaspada dengan laporan wujud penunggang motorsikal tidak dikenali kerap memasuki perkampungan luar bandar, masaalah seumpama membimbangkan warga berikutan perkampungan luar bandar kebanyakan berkerja ditanah kebun sendiri dan kurang pengalaman mengenali orang luar. 

Isu  warga luar yang mencurigakan dilaporkan warga desa kerap memasuki perkampungan mereka tanpa sebarang tujuan berurusan diluar bandar, namun jarang sekali warga desa yang tahu langkah langkah mengenali orang luar yang memasuki setiap perkampungan mereka melainkan golongan pencen pasukan keselamatan.

Menurut orang ramai asli Sabahan, setiap kampung yang ada pesara terbaik Bekas Tentera Atau Polis rekod terbaik, Boleh berganding bahu memantau kehadiran  orang luar berdasarkan pengalaman mereka sepanjang perkhidmatan dalam pasukan keselamatan.

Semua warga  desa wajar menimba ilmu pengetahuan dikalangan pesara Angkatan Tentera Malaysia  dikawasan mereka jika ada, ianya penting sebagai asas mengawal keselamatan perkampung masing masing dari  dicerobohi kumpulan orang luar  dikampung terlibat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini  Harian Kuala Lumpur. Pengarang 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan