Isnin, 10 Jun 2024

UMNO BN BOLEH RAIH SOKONGAN?

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Umno BN boleh meraih semula sokongan dalam negeri ini jika setiap pemimpin bahagian dan cawangan, menggerak  jentera turun padang menemui rakyat jelata lebih kerap khususnya luar bandar tanpa ada yang keciciran atau terlepas pandang. 

Jentera UMNO BN perlu berkerja kuat menemui rakyat jelata jika mahu meraih undi sokongan dalam PRN 17 akan datang bagi negeri Sabah, sebaliknya jika UMNO BN tidak menggandakan usaha bagi menemui semua lapisan Sabah bagi menerangkan agenda perjuangan jelas terhadap Sabah ianya diramal suram. 

Pandangan aktivis warga Sabah yang melihat agenda sokongan penduduk warga asli Sabah dalam mendepani Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masa kini, selain dari itu belun dipastikan Pakatan Harapan Sabah dan Parti Warisan Sabah berkongsi dengan siapa apa tak lagi Perikatan Nasional entah kemana sokongan mereka.

 Sesungguhnya UMNO BN sendiri lah mencari sokongan  penuh rakyat Sabah keatas mereka menjelang pilihan raya negeri ke 17 akan datang, kelekaan  mereka dalam menemui  rakyat jelata diperingkat akar umbi terletak dibahu para pemimpin UMNO dan BN diseluruh kampung luar bandar dalam negeri ini.





Nota. Dilarang membuat  ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan, Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan