Jumaat, 7 Jun 2024

BILA HARGA GETAH MALAYSIA HARGA TERTINGGI?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penoreh getah seluruh negara menyifatkan harga getah Malaysia masa kini masih terendah berbanding pada masa yang lalu.

Sejarah penoreh getah Malaysia mengakui pada tahun 2013 harga getah meningkat SMR 20 pada kadar RM8.80 sehingga RM9.00 sekilogram, bagi tahun 2017 harga getah SMR 20 sekali lagi meningkat pada kadar harga RM9.56 sen sekilogram membuatkan ramai penoreh getah hidup mewah pada masa tersebut. 

Pada masa yang sama juga susu getah dilaporkan berharga RM13.05 sen pada satu kilogram masih jauh berbeza dengan kadar harga pasaran masa kini jelas penoreh getah yang ditemui. 

Menurut penoreh getah lagi, mampukah harga getah Malaysia kembali pada harga seperti tahun 2013 dan pada tahun 2017 walaupun kadar harga barang makan ketika itu murah sedikit berbanding hari ini?, dalam situasi masa kini harga getah dan kentalan masih dibawah paras RM5.00 sekilogram namun harga barang makanan meningkat dan memang susah mengimbangi ekonomi rakyat jelata ujar mereka.

Kebanyakan penoreh getah seluruh negara masa kini mengharapkan kerajaan Malaysia mampu menaik kadar harga getah kepingan serta kentalan sehingga RM7.00 keatas sekilogram, ini penting bagi mengimbangi kos sara hidup yang terlalu tinggi masa kini apa tak lagi masyarakat yang tinggal diperkampungan  terpencil sememangnya payah merancang ekonomi mereka yang mencukupi akui penoreh getah.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus, penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan