Rabu, 26 Jun 2024

ISRAEL BAGAI MENJOLOK SARANG TEBUAN

Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Belum pun Israel menewaskan Hamas di Rafah dan Gaza mereka sudah mula menjolok tebu

an tualang di Lubnan berdepan dengan Hizbollah yang kian memiliki kekuatan dalam jentera peperangan diluar jangkaan. 

Israel bagaikan sengaja cari musuh dengan para pejuang umat Islam seperti Hamas, AlQassam serta Hizbollah sehingga sanggup menyerang negara kerajaan Lubnan, dalam misi Israel menyerang Lubnan Hizbollah sudah pun memberi amaran awal bahawa beberapa pelancar roket telah diterbangkan sekitar sempadan Israel. 

Kepulan asap kelihatan dikejauhan sempadan Israel petanda Hizbollah tidak sesekali tunduk dengan serangan Israel dibumi Lubnan, apa kah dunia kuasa besar sekadar membiarkan Israel menceroboh negara  negara Islam seperti Plastine dan Lubnan tanpa dihalang walau apa cara sekalipun.

Menurut pejuang Hizbollah di Lubnan, mereka tidak gementar mendepani  tentera kerahan Israel yang ditunggangi oleh negara negara kuasa besar, pejuang Islam hanya yakin dengan kalimah Allah swt dan kekuatan bersandarkan ayat ayat AlQuran sebagai  perlindungan perjuangan mereka. 

Sementara tentera Israel juga terus merekrut tentera baharu nya bagi mendepani para pejuang Islam di Plastine dan Lubnan bagai tidak berpenghujung yang sekadar menjadi tontonan negara kuasa kuasa besar. 

Apakah kesudahan segala misi perang Israel  terhadap para pejuang Islam dinegara mereka masing masing  dalam jangkamasa panjang, persoalan ini hanya sekadar renungan dunia jika tidak ada negara negara berkuasa besar membawa pemimpin Israel kemuka pengadilan antarabangsa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan