Isnin, 3 Jun 2024

MAMPUKAH PERAYAAN MEMUPUK PERSAUDARAAN BERKEKALAN?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Borneo. Semangat memupuk perpaduan dan mengeratkan kekeluargaan dalam pelbagai sambutan perayaan mampukah direalisasikan setiap masa?. 

Ini disuarakan oleh sebilangan penduduk Borneo melihat ramai yang dilaporkan mesra dalam acara pesta sahaja, sebaliknya selepas pesta berselisih dipekan atau 

bandar bagai orang lain tanpa bertegur sapa langsung tak kenal walau maufakat didalam perayaan. 

Kebaikan mengekalkan sambutan acara perayaan berkembar setiap tahun sangat bermakna serta mengenali diantara satu sama lain, namun ada yang sekadar melaks- 
anakan nya pada sepanjang acara pesta sahaja manakala bila bertemu diluar desa bagai tak nampak orang walau didepan mata jelas warga yang ditemui.

Antara pandangan beberapa orang asli Borneo sebagai mendedahkan perpaduan dan kekeluargaan setiap sambutan perayaan masa kini yang dicanang, mengeratkan
silaturrahim dan kekeluargaan setiap pengunjung tanpa mengira bangsa dan agama  namun lepas seminggu sahaja berjumpa dipekan berhampiran atau bandar langsung tidak mengenali ujar mereka.

Benar kah perpaduan dan permaufakatan hari ini hanya wujud sepanjang hari perayaan sahaja dikalangan sebilangan warga borneo ?, ianya ada asas kebenaran berikutan pengalaman warga yang ditemui pada setiap majlis keramaian namun hilang kenalan sebaik bertemu dipekan dan bandar ujar mereka.

Kru Media Terkini yang melakukan tinjauan dalam beberapa perayaan dalam kawasan Borneo juga hanya sebilangan kecil sahaja yang mengucapkan selamat datang, manakala yang lain tidak memandang langsung umpama tidak ada keperluan kehadiran meraikan perayaan bersama mereka apa tak lagi berjumpa dibandar mahupun pekan tetap tak kenal.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan