Khamis, 20 Jun 2024

SETINGGAN ASING SENTIASA AMBIL KESEMPATAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sikap suka ambil kesempatan dengan segala peluang yang ada didepan mata merupakan langkah yang sentiasa digunakan oleh ora-

ng asing diseluruh negara, ianya juga langsung tidak dihiraukan segelintir masyarakat diseluruh negara sehingga golongan orang asing mula naik tocang. 

Antara yang  menggusarkan warga asli Malaysia termasuk lah Sabah amnya berikutan pelbagai kemudahan yang diperolehi  percuma oleh mereka setiap masa, orang asing serta pendatang asing tanpa izin yang duduk saling berlindung sekitar rumah setinggan terus mengecapi air paip bersih serta tenaga letrik curi tanpa rasa bersalah.  

Isu mencuri air paip bersih dan bekalan tenaga letrik merupakan perbuatan warga asing serta pendatang asing tanpa izin yang duduk kawasan setinggan, malah dalam agihan bantuan daging korban juga mereka sanggup berbaris bagi mendapatkan nya menurut sumber warga asli Malaysia yang sentiasa memerhati kes tersebut.

Anehnya ramai warga dibeberapa negeri dalam Malaysia umpama tutup mata walaupun melihat kumpulan kloni  setinggan asing dan pendatang asing tanpa izin mencuri air dan letrik, selain dari itu ada juga individu yang membela golongan warga asing serta pendatang tanpa izin dengan pelbagai helah bagi melindungi golongan terlibat  sehingga mencabar pihak kerajaan.

Kerajaan mampu melihat apa yang mereka cuba lindungi malah semua yang ada didalam negara Malaysia memiliki radar bagi mengesan segala yang mereka lindungi, sebaliknya jangan sesekali pihak individu mencabar kerajaan semata mata berusaha mahu bersekongkol melindungi orang asing dan PATI yang mencuri air paip serta tenaga letrik dalam negara.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan